Gadis maut dipukul teman lelaki, ini terjadi selepas itu…..

Gadis maut dipukul teman lelaki, ini terjadi selepas itu…..

Gadis maut dipukul teman lelaki, ini terjadi selepas itu….. Baru-baru ini, tular akan pemergian seorang gadis yang dikenali sebagai Yan Senrose atau nama sebenarnya Nur Diyanah Haris.

Menerusi maklumat dari rakan-rakannya yang berlegar di media sosial, difahamkan gadis berkenaan dipukul oleh teman lelaki yang dikenali sebagai Jamal.

Difahamkan, selepas kejadian dipukul oleh teman lelakinya gadis berkenaan mendapat rawatan di unit rawatan rapi di salah sebuah hospital di Penang namun tidak dapat diselamatkan.

Menurut tangkap layar sebuah group WhatsApp, suspek yang dipercayai teman lelaki arwah dikatakan telah ditahan oleh pihak polis.

Rata-rata rakan yang mengenali Allahyarham mengucapkan takziah selain turut bersimpati akan pemergian yang tidak disangka-sangka itu.

Apa-apa pun semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan pemergiannya mendapat keadilan sewajarnya.