Gadis 15 tahun dilarikan lelaki Rohingya, keluarga rayu anak pulang ke pangkuan keluarga

Gadis 15 tahun dilarikan lelaki Rohingya, keluarga rayu anak pulang ke pangkuan keluarga

Gadis 15 tahun dilarikan lelaki Rohingya, keluarga rayu anak pulang ke pangkuan keluarga.

Baru-baru ini tular akan seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai dilarikan seorang lelaki warga Rohingya.

Menerusi video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Jueliena yang merupakan ibu saudara kepada gadis berkenaan meminta bantuan ramai sekiranya terlihat anak saudaranya itu.

Menurut Jueliena, anak saudaranya bernama Elisa Bt Samiran berusia 15 tahun itu telah dibawa lari oleh seorang lelaki warga Rohingya yang dikenali sebagai Basir.

Katanya, sudah 15 hari anak saudaranya itu menghilang malah laporan polis juga telah dibuat namun masih belum ada khabar darinya.

Malah, sekiranya terdapat maklumat berkenaan anak saudaranya itu orang ramai boleh menghubungi ditalian 0142165482 atau 0172492692.

Dalam pada itu, Jueliena juga memaklumkan bahawa gadis tersebut dan juga lelaki berkenaan dikatakan masih lagi berada di sekitar Kedah.

Rata-rata warganet berharap agar gadis berkenaan segera pulang ke pangkuan keluarganya. Malah mereka turut berkongsi pelbagai tips agar gadis tersebut terbuka hati untuk pulang ke rumah.