FoodPanda dibelasah

FoodPanda dibelasah

Kecoh apabila seorang rider FoodPanda dibelasah oleh seorang pelanggan disebabkan satu salah faham. Menurut sumber mengatakan bahawa asalnya pelanggan meminta agar pesanan makanan dihantar hingga di depan pintu rumah.

Namun, rider berkenaan tidak dapat naik kerana tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Yang mengejutkan adalah tindakan pelanggan tersebut yang bertindak kasar hingga membelasah rider tersebut menjadi kecaman orang ramai.

Salah faham ini tidak sepatutnya diselesaikan dengan cara bergaduh. Sekiranya kawasan rumah anda ada sistem kawalan yang ketat hingga rider tak dibenarkan masuk, perlu lah ada perasaan bertimbang rasa sedikit.
Jangan disebabkan makanan sahaja boleh bergaduh sampai macam tu…

—–
BUKTIKAN keprihatinan anda!

Sokong dan Bantu kami untuk terus berjuang bersama Tabung Perjuangan PPIM.
Sumbangan bulanan anda akan terus menyokong usaha kami demi membela pengguna dan bangsa!
“Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan”
Ar-Rahman : 60
“Perjuangan Bersama Demi Pengguna!”
Jom, bersama perjuangan ini! : https://sumbangan.ppim.org.my/

 

Sumber berita : https://www.facebook.com/200137296705417/posts/3705205956198516/