Fenomena kepala air di Hulu Selangor, 11 individu terperangkap

Fenomena kepala air di Hulu Selangor, 11 individu terperangkap

Seramai 11 individu diselamatkan bomba selepas terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang dekat Batang Kali berhampiran Jalan Batang Kali-Genting dekat Hulu Selangor berikutan fenomena kepala air petang semalam.

Kesemua yang terkandas berada dalam keadaan selamat selepas berlindung di sebuah pondok yang mempunyai bekalan elektrik di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.26 malam.

Sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.

“Terdapat 11 mangsa terkandas di seberang sungai dan berada dalam pondok yang mempunyai bekalan elektrik,” katanya.

Norazam berkata, semua identiti mangsa masih belum diperolehi dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Sumber | FMT

COMMENTS