Excited dapat beli mee goreng viral, tiba-tiba balik rumah penuh ulat

Excited dapat beli mee goreng viral, tiba-tiba balik rumah penuh ulat

Excited dapat beli mee goreng viral, tiba-tiba balik rumah penuh ulat.

Sejak bazar Ramadan kembali dibuka tahun ini, dapat dilihat pelbagai rungutan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kualiti makanan dengan harga mahal yang ditawarkan.

Terbaru, muncul satu video menunjukkan satu makanan tular, Mi Tonggek yang bersepah ulat di atas sotongnya!.

Perkongsian @meximustakasima di Tiktok meraih perhatian ramai yang turut pelik dengan penemuan ulat-ulat yang banyak tersebut.

Dilihat sotong diangkat dalam keadaan masih panas dan ‘fresh’ dimasak, netizen mempersoalkan kebenaran hal tersebut, risau perniagaan mungkin disihir!

Susulan penemuan ulat tersebut, wanita ini akui sangat geram kerana terbantut keterujaannya untuk berbuka dengan hidangan serupa itu. Justeru, tanpa teragak-agak dia terus membuat laporan pada PPJ, berharap kedai tersebut diambil tindakan.

Rentetan tularnya video tersebut, menurut sumber Mstar, PPJ telah mengambil tindakan dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

“PPJ mengeluarkan notis amaran di bawah UUK 30(1)(C), Undang-unang Kecil Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016, bersabit dengan kesalahan di mana pemegang lesen gagal memastikan tapak kawasan perniagaan dalam keadaan bersih.”

Rata-rata netizen pelik namun simpati dengan perniagaan tersebut yang disifatkan patuh SOP dan bersih, tiba-tiba sahaja ada ulat dalam makanannya.