Enggan lompat parti, ibu, ayah turut diheret ke mahkamah

Enggan lompat parti, ibu, ayah turut diheret ke mahkamah

Enggan lompat parti, ibu, ayah turut diheret ke mahkamah.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan rasa sedih, kecewa dan marah apabila ibu bapanya turut diheret ke mahkamah kerana beliau enggan melompat parti dan menyokong kerajaan BN PN.

“Hari ini hari pertama saya di Mahkamah. Prosecutor panggil mama saya. Sedih, kecewa, marah.

“Rasa bersalah sangat-sangat kerana keengganan saya untuk lompat parti dan sokong kerajaan, Mama dan Abuyah diheret sekali.

“Hari ini mahkamah mendengar sendiri kenyataan dari Mama,”katanya.

Ibu dan Ayah Syed Saddiq

Menurut Saddiq ibunya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) banyak kali dari 9.00 pagi sampai 8.30 malam.

Katanya, ibunya disoal tentang transaksi wang dari tahun 2016 yang tidak kena mengena dengan kes dan waktu itu beliau masih belajar di UIA.

“Mama mengajar di pusat tuisyen pun dikatakan salah dan boleh hilang pencen.

“Mama kena tekanan sampai doktor sahkan Mama menghidap semula kanser.

“Paling menyedihkan, Mama disuruh untuk nasihatkan saya supaya lompat parti dan sokong kerajaan supaya siasatan ke atas mama dan abuyah boleh dihentikan.

“Bukan mudah apabila terpaksa meletakkan mama dalam situasi begini.

“Waktu mula-mula Mama disoal siasat di SPRM, saya rasa sangat bersalah. Tetapi Mamalah yang pesan supaya saya jangan takut dan berani kerana benar.

“Terima kasih buat Mama kerana sentiasa faham dengan prinsip saya,’ katanya lagi.

Justeru katanya, ibu bapanya adalah kekuatannya yang mengajarnya sentiasa bercakap benar kepada kuasa.

“Dia telah mendedikasikan hidupnya untuk Perkhidmatan Awam & saya akan melakukan perkara yang sama.

“Saya mahu membina Malaysia yang ditadbir dengan integriti & Malaysia yang semua rakyat Malaysia akan dilayan dengan bermaruah.

“Saya akan berjuang untuk negara tercinta, tidak kira apa pun kos peribadi,”ujar beliau.

Syed Saddiq sedang dibicarakan terhadap pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik dengan menyalahgunakan dana tersebut.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.

Syed Saddiq juga didakwa atas pertuduhan pindaan menyalahgunakan harta RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 April sehingga 21 April 2018.