Empat tahanan postif Covid-19 lari dari pusat kuarantin diburu

Empat tahanan postif Covid-19 lari dari pusat kuarantin diburu

Polis daerah ini memburu empat tahanan positif Covid-19 selepas melarikan diri dari pusat kuarantin di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) awal pagi tadi.

Semua tahanan iaitu Salman Arip, 19, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, Mohd Rahman Basir, 24 dan Arippian Abdul, 27, dikesan melarikan diri dari pusat kuarantin terbabit kira-kira pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, semua tahanan berkenaan dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat Covid-19 di bangunan ILMAN secara berperingkat sejak 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19.

“Empat tahanan yang melarikan diri melibatkan tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 19 hingga 27 tahun.

“Semua suspek yang ditahan disiasat atas kesalahan mencuri, mencederakan dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE