Ebit Lew ziarah pusara ibu

Ebit Lew ziarah pusara ibu

Lalu kampung singgah ziarah kubur mak. 5 tahun kita berpisah. 29 Nov 2015. Rindunya. Ya Allah. Menangis rindu. Macam mana keadaan mak disana. Ya ALLAH Yang Maha Baik.

Inilah mak cinta hati. Selalu usap dan cium kepala ebit. Dan selalu cakap, kasihan ebit. Sabar yer anakku. jangan sedih ya anakku. Allah kan ada. Jagakanlah mak. Hadiahkan mak syurga FirdausMu.

Yer mak, ebit akan teruskan usaha ini sampai kita dikumpulkan kembali dapat bersama disana.

Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja yang aku lakukan, aku hadiahkan buat mak yang tercinta. Sihatkan ayahku. Dunia ini sementara akhirat selamanya.

Mereka pergi dulu, nanti kita akan berkumpul dengan orang yang kita sayangi. Akhirat kehidupan yang sebenarnya.

Sumber : https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/