Ebit Lew jumpa ‘auntie’ Food Panda

Ebit Lew jumpa ‘auntie’ Food Panda

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew terharu ketika menyantuni ‘mak cik’ penghantar makanan Food Panda warga emas, Christine Ti.

Dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, Ebit memaklumkan berjumpa dengan Christine di sebuah perhentian bas.

“Peramah auntie ini. Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau, kuat berusaha dan suka menolong orang.

“Tinggal berdua dengan adiknya. Semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hilang kerja. Mula kerja Food Panda guna kereta kancil lama,” katanya dalam hantaran tersebut.

Ebit turut membantu membaiki kereta kancil Christine yang berusia 25 tahun selain memberikan sedikit duit belanja.

“Nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.

“Doakan auntie ini. Katanya best kerja begini,” katanya.

Sumber  : https://www.kosmo.com.my/2020/12/08/ebit-lew-jumpa-auntie-food-panda/?fbclid=IwAR1dkES6H_jB8yMBLlSHHFAKR2I3Es_Ifsv_L0XuoiOsDGZBvn28o0s9wr4