Dua maut ditembak dalam protes terhadap tentera Myanmar

Dua maut ditembak dalam protes terhadap tentera Myanmar

Dua orang terkorban dalam tunjuk perasaan di bandar Mandalay, Myanmar pada Sabtu apabila pihak polis dan tentera melepaskan tembakan untuk menyuraikan protes terhadap rampasan kuasa tentera pada 2 Februari lalu, kata pekerja kecemasan.

Insiden itu merupakan tragedi paling berdarah dalam tempoh dua minggu tunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan turun ke jalan di ibu-ibu kota seluruh Myanmar dan menuntut pihak tentera mengakhiri rampasan kuasa serta membebaskan pemimpin Aung San Suu Kyi dan mereka yang ditahan, lapor Reuters.

Ketegangan meningkat di Mandalay apabila polis dan tentera berhadapan pekerja kapal yang melakukan mogok dan penunjuk perasaan lain.

Beberapa penunjuk perasaaan melepaskan anak panah ke arah polis, manakala polis membalas dengan tembakan dan gas pemedih mata.

“Dua puluh orang cedera dan dua lainnya terkorban,” kata seorang sukarelawan. | MK