Dua beranak maut perjalanan ke sekolah undang sebak ramai

Dua beranak maut perjalanan ke sekolah undang sebak ramai

Dua beranak maut perjalanan ke sekolah undang sebak ramai. Dua beranak maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Padang Menora, di sini hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun dalam perjalanan menghantar anak lelakinya berusia 15 tahun ke sekolah disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, motosikal yang ditunggang dua beranak itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke laluan bertentangan.

“Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang memandu dari arah Penanti ke Kepala Batas cuba mengelak, namun terlanggar motosikal mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan bedah siasat akan dijalankan selepas menerima keputusan ujian calitan Covid-19.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Dua beranak maut perjalanan ke sekolah undang sebak ramai