Dua beradik lelaki 11 tahun maut di taman permainan

Dua beradik lelaki 11 tahun maut di taman permainan

Dua beradik lelaki 11 tahun maut di taman permainan. Dua beradik lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut berdekatan sebuah taman permainan di Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah, petang semalam.

Lapor berita.mediacorp, polis menyatakan pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki sekitar 6.25 petang, semalam.

Dua beradik lelaki 11 tahun maut di taman permainan Dua beradik lelaki 11 tahun maut di taman permainan

“Sejurus tiba, pihak polis mendapati kedua-dua beradik itu terbujur kaku di sekitar taman permainan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

“Ini adalah satu tragedi yang menyayat hati dan tidak dapat dibayangkan perasaan sesiapa yang bergelar ibu bapa,” kata pihak polis.

Pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian luar biasa dan siasatan lanjut masih dijalankan.