Dr. M ‘bidas’ kumpulan cuba jatuhkan perdana menteri

Dr. M ‘bidas’ kumpulan cuba jatuhkan perdana menteri

Dr. M ‘bidas’ kumpulan cuba jatuhkan perdana menteri.

Tanpa menamakan mana-mana parti politik, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad membidas pakatan yang cuba menukar perdana menteri bukannya hendak mentadbir negara.

Dr Mahathir Mohamad

Beliau berkata demikian susulan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman semalam yang mendakwa beliau ialah saksi Umno menghantar akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kepada Agong.

Mahathir berkata, pendedahan Tajuddin berhubung gesaan menandatangani SD menunjukkan ada banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“Ada pakatan usaha untuk adakan seorang perdana menteri baharu, jadi mereka main isu tukar perdana menteri.

“Itulah kerja mereka…bukan hendak mentadbir negara,” katanya.

Semalam, Tajuddin mendakwa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengetuai gerakan menandatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mendakwa hampir 130 ketua bahagian Umno mahu Zahid berundur sebelum ini dan Zahid tidak berpuas hati dengan kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kerana tidak diberi ruang untuk menggalas jawatan itu.