“Dosa ke jadi isteri kedua?” Wanita kecewa dihalang bini pertama tengok jenazah suami kali terakhir

“Dosa ke jadi isteri kedua?” Wanita kecewa dihalang bini pertama tengok jenazah suami kali terakhir

“Dosa ke jadi isteri kedua?” Wanita kecewa dihalang bini pertama tengok jenazah suami kali terakhir. Bercerita tentang hidup bermadu, bukanlah semua wanita di luar sana boleh menerima akan perkara itu.

Lebih tepat lagi, tiada wanita yang suka jika perlu berkongsi kasih suaminya dengan orang lain.

Menelusuri kisah seorang wanita yang juga merupakan isteri kedua, dia meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menatap arwah suaminya buat kali terakhir sebelum dikafankan.

Hal itu adalah kerana dihalang oleh isteri pertama dan keluarganya atas sebab yang dia sendiri juga tidak tahu.

Pun begitu, adik beradiknya (isteri kedua) ada cuba berbincang untuk mendapatkan kebenaran masuk untuk melihat arwah, namun pihak isteri pertama tetap bertegas melarang.

Walaupun hanya dapat melihat dari jauh, namun agak kecewa apabila haknya sebagai isteri juga tidak diendahkan sedangkan sewaktu hayat arwah, dialah yang menjaga bagai menatang minyak yang penuh.

Lebih meruntun hati, difahamkan arwah suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya dan jelas sekali dia amat terkesan dengan peristiwa itu.

Ikut sebak mengenangkan nasib wanita berkenaan, ramai menitipkan kata-kata semangat buatnya agar terus bertahan dan kuat menempuh liku hidup bermadu.

Mereka tahu bahawa ianya pasti sesuatu yang sukar untuk diterima dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas ujian yang menimpa.

Turut baca

Tonton juga