Ditemui terbaring dengan mulut berbuih

Ditemui terbaring dengan mulut berbuih

Kuala Lumpur: Lelaki Nepal ditemui mati di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dekat Brickfields, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali Tamang Kalu, 25, bekerja sebagai operator pembinaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis menerima maklumat daripada pengurus stesen minyak pada jam 1.28 tengah hari.

“Orang awam menemui lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi pam angin lalu memaklumkan kepada pengurus stesen.

“Pengurus ke lokasi dan melihat lelaki itu terbaring dalam keadaan mengiring dengan buih keluar daripada mulut serta hidung. Dia segera menghubungi ambulans dan polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa dan pemeriksaan forensik tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.

“Mangsa berpakaian lengkap dan terdapat beg galas pakaian mangsa dalam keadaan baik,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/650642/ditemui-terbaring-dengan-mulut-berbuih