Disyaki minta RM15,000 urus jenazah, 2 pembantu kesihatan ditahan SPRM

Disyaki minta RM15,000 urus jenazah, 2 pembantu kesihatan ditahan SPRM

Dua pembantu kesihatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM15,000 setiap seorang bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah.

Disyaki minta RM15,000 urus jenazah, 2 pembantu kesihatan ditahan SPRM

Suspek terbabit yang berkhidmat di sebuah hospital di Selangor dipercayai meminta suapan RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu.

Sumber berkata, dua suspek lelaki masing-masing berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di SPRM Selangor.

“Kedua-dua suspek yang berkhidmat di sebuah hospital di Selangor dipercayai meminta wang suapan RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu.

“Difahamkan, ia sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, esok untuk mendapatkan perintah reman,” katanya.