‘Dipaksa kerja sebagai scammer’ di Kemboja, 16 warga Malaysia berjaya diselamatkan

‘Dipaksa kerja sebagai scammer’ di Kemboja, 16 warga Malaysia berjaya diselamatkan

‘Dipaksa kerja sebagai scammer’ di Kemboja, 16 warga Malaysia berjaya diselamatkan.

Seramai 16 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja selepas selepas terpedaya dengan iklan pekerjaan di sana, berjaya diselamatkan polis negara itu pada Selasa lalu.

‘‘Dipaksa kerja sebagai scammer’ di Kemboja, 16 warga Malaysia berjaya diselamatkan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, 15 lelaki dan seorang wanita berusia 19 hingga 43 tahun itu yang “dipaksa bekerja dengan scammer” kini berada di Phnom Penh sementara menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Semua mangsa mendakwa diperdaya iklan pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di Kemboja dengan tawaran gaji lumayan dan segala kos perjalanan ditanggung syarikat di Kemboja,” katanya dalam kenyataan.

“Setelah tiba di Kemboja, dokumen perjalanan mangsa dirampas, pergerakan dikawal dan dikurung dengan kawalan ketat. Siasatan awal polis mendapati mangsa dipaksa bekerja sebagai scammer.”

 

Turut baca

 

Pada 20 Mac lalu, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCa, Michael Chong dilaporkan berkata, lebih 50 belia Malaysia ditahan secara paksa di Kemboja dan dipaksa menipu orang.

Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata, 16 individu itu kini ditahan di sebuah balai polis di Phnom Penh untuk siasatan.

Katanya, Kedutaan Malaysia sudah menghantar pegawainya untuk menemui rakyat Malaysia terbabit dan semua 16 mangsa dilaporkan dalam keadaan baik.

Minggu lalu, polis dilaporkan berkata, mereka menerima enam laporan membabitkan 26 mangsa yang diperdaya serta dieksploitasi sindiket untuk bekerja di Thailand, Laos, Myanmar dan Kemboja.