Dimana iman kau… Sepasang kekasih beraksi tidak senonoh selepas buka puasa

Dimana iman kau… Sepasang kekasih beraksi tidak senonoh selepas buka puasa

Dimana iman kau… Sepasang kekasih beraksi tidak senonoh selepas buka puasa.

Sepasang kekasih dirakam melakukan perbuatan tidak senonoh selepas berbuka puasa di Dataran Lembang, daerah Bandung Barat, lapor laman berita Detik hari ini.

Video berdurasi 16 saat itu tular selepas dimuat naik di laman Facebook oleh akaun bernama @Resty Edoy. Resti yang merakamkan aksi itu turut berada di lokasi kejadian.

Menerusi video tersebut, sepasang kekasih dilihat sedang duduk di tangga Dataran Lembang. Seorang lelaki berjaket kelabu dilihat cuba mencium kekasihnya.

“Memang saya yang rakam video itu kerana tidak selesa melihat perkara itu dilakukan di tempat awam. Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) sejurus selepas berbuka puasa,’’ kata Resty ketika dihubungi Detik.

Turut baca

Resty berkata, dia menyaksikan sendiri perbuatan sepasang kekasih itu. Mereka bukan sahaja berkucupan, malah pemuda itu juga cuba memeluk teman wanitanya yang kelihatan jauh lebih muda.

“Mereka memang terlampau mesra. Sebelum itu, saya terserempak dengan mereka ketika mahu membeli makanan ringan.

“Memang lelaki itu terus memeluk teman wanitanya, padahal ramai kanak-kanak di sana. Takut menjadi contoh yang tidak baik,’’ kata Resty.

Resty berkata, dia berniat untuk menegur perbuatan tidak senonoh yang dilakukan pasangan itu namun gagal.

Akhirnya, dia memilih untuk merakam aksi itu dengan harapan ada larangan sosial dan pencegahan supaya tidak ada orang lain yang mengikutinya.