Dihempap batu pagar… Saya angkat dan peluk Baby Dina sudah longlai

Dihempap batu pagar… Saya angkat dan peluk Baby Dina sudah longlai

Dihempap batu pagar… Saya angkat dan peluk Baby Dina sudah longlai.

Saya berlari keluar selepas mendengar bunyi dentuman dan terkejut melihat baby Dina berlumuran darah dihempap batu tiang pagar rumah, saya angkat, peluk tetapi dia sudah longlai”.

Dihempap batu pagar... Saya angkat dan peluk Baby Dina sudah longlai

Itu luahan Aznynaqiah Mat Ali, 44, penuh sebak ketika menceritakan detik hitam dalam hidup, apabila anak bongsunya, Nur Iman Irdina, 4, maut dihempap tiang batu rumah di Kampung Bukit Nangka di sini kelmarin.

Lebih menyayat hati, dia juga telah merancang untuk membawa kelima-lima anaknya membeli baju raya, Sabtu ini, di samping menyambut hari jadi ke-44.

“Sebelum kejadian saya membawa mereka semua keluar ke kedai membeli ais, baby Dina juga sempat menjamah ayam gunting dan apabila sampai di rumah, saya terus ke dapur untuk melakukan persiapan berbuka bersama emak.

Turut baca

“Baby Dina bermain pasir di luar bersama kakaknya, tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat dan bila keluar saya nampak dia sudah berlumuran darah dihempap batu tiang pagar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai di sini, semalam.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas ditimpa batu tiang pagar rumahnya dalam kejadian di Kampung Bukit Nangka di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah.

Tambah Aznynaqiah, dia terus bergegas membawa anaknya itu ke hospital dan cuba diselamatkan oleh pasukan perubatan hampir 20 minit, sebelum disahkan meninggal dunia.

Tambahnya, batu berkenaan sememangnya telah retak sejak 10 tahun lalu, namun keadaannya masih kukuh dan dalam perancangan akan dibaik pulih oleh abangnya, Sabtu ini.

“Abang tinggal di Bangi, dia dah bagitahu nak balik berbuka bersama kami dan akan bantu baik pulih batu itu Sabtu ini, namun tidak sangka pula kejadian ini pula berlaku. Kami juga merancang untuk berbuka di luar menyambut hari jadi saya bersama-sama dan membeli persiapan baju raya,” katanya.