Didenda langgar SOP

Didenda langgar SOP

Bintulu: Seramai 20 individu dikenakan kompoun kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pematuhan SOP yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu, malam tadi.

Operasi berkenaan turut disertai anggota penguatkuasaan dari Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili dalam kenyataan hari ini berkata, operasi selama lima jam yang bermula dari 9 malam hingga 2 pagi itu turut mengeluarkan lima saman terhadap lima lagi pengguna kenderaan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi kali ini melibatkan 12 kawasan utama di sekitar Bandar Bintulu yang merangkumi Medan Raya, Medan Sentral,Pasar Lama Bintulu dan Tanjung Kidurong serta kawasan lain yang berhampiran,” katanya.

Katanya, 20 individu yang didapati melanggar SOP PKPP dikompaun.

Tambahnya, operasi itu memeriksa 189 individu dan 40 kenderaan yang melalui kawasan sasaran termasuk premis hiburan dan rumah tumpangan.

 

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/641747/didenda-langgar-sop