Didakwa langgar perjanjian, Indonesia henti sementara hantar pekerja ke Malaysia

Didakwa langgar perjanjian, Indonesia henti sementara hantar pekerja ke Malaysia

Pengarah Penempatan dan Perlindungan Pekerja Asing Indonesia, Rendra Setiawan memaklumkan akan menghentikan sementara menghantar pekerjanya ke Malaysia.

Demikian kerana pihaknya menuntut agar Malaysia komited kepada perjanjian antara kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu buruh.

Itu sekaligus menyukarkan kerajaan berkenaan memantau dan melindungi pekerja asing.

“Kami telah bersetuju untuk menggunakan Sistem Satu Saluran untuk penempatan pekerja Indonesia, tetapi Malaysia masih mempunyai beberapa saluran pengambilan pekerja.”

Hermono

Sementara itu, Duta Besar Indonesia iaitu Hermono memberitahu pembekuan tersebut dikenakan selepas pihak berkuasa imigresen Malaysia terus menggunakan sistem pengambilan dalam talian untuk pembantu rumah uang dikaitkan dengan dakwaan pemerdagangan dan buruh paksa.

Operasi berterusan sistem itu melanggar syarat perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia pada April.

Kesan daripada itu, Malaysia menghadapi kekurangan sekitar 1.2 juta pekerja dalam pelbagai sektor sehingga boleh menjejaskan pemulihan ekonominya.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia, S.Saravanan dengan memaklumkan telah menerima surat daripada pihak berkuasa Indonesia.

Bagaimanapun, pihaknya akan membincangkan perkara tersebut dengan Kementerian Dalam Negeri, yang menyelia jabatan imigresen.