Demi lindungi pengguna, kerajaan ‘dituntut’ tangguh kenaikan tarif elektrik – Salahuddin

Demi lindungi pengguna, kerajaan ‘dituntut’ tangguh kenaikan tarif elektrik – Salahuddin

YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara berkata, tarif elektrik dijangkakan akan naik mulai 1 Julai. Tenaga Nasional Berhad (TNB), sepertimana syarikat tenaga yang lain di seluruh dunia sedang dihimpit oleh kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117% sejak hujung tahun lalu.

YB Datuk Seri Salahuddin Ayub

Namun, kenaikan tarif elektrik disaat pengguna sudah teruk diasak kenaikan harga barang keperluan lain pastinya sangat tidak wajar. Malah, sebarang peningkatan dalam kos tenaga elektrik pasti akan menyumbang kepada kenaikan kos operasi dan pengeluaran yang akhirnya akan turut ditanggung pengguna.

TNB sebagai sebuah GLC gergasi dengan keuntungan terkumpul lebih RM52 billion pastinya mampu untuk menyerap impak kenaikan kos bahanapi dan kos operasi mereka. Buktinya, walaupun kos bahanapi meningkat sebanyak 26% sepanjang tahun 2021, keuntungan operasi TNB telah meningkat sebanyak 10% (RM742 juta) untuk tahun tersebut, katanya.

Justeru, demi melindungi pengguna, beliau menuntut kerajaan untuk menangguhkan apa-apa bentuk kenaikan tarif elektrik sekurang-kurangnya sehingga krisis kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan keperluan pulih kembali, katanya lagi.

Pengumuman tambahan Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM100 dan RM50 hari ini juga akan terbukti sia-sia dan gagal membantu rakyat marhaen sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik samada untuk pengguna komersial apatah lagi untuk pengguna domestik.

Sebelum dari itu, Salahuddin bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen telah mengadakan sesi pertemuan bersama Mr. Roger Polack, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar.

Perbincangan ini juga turut dihadiri oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Tuan Awang Husaini bin Sahari, Ahli Parlimen Putatan, Mr. Thomas Andrews (PBB United States of America) serta Ms. Jacqui Zalcberg (PBB).