Demi kereta Honda, Pengarah Universiti didakwa terlibat kes rasuah

Demi kereta Honda, Pengarah Universiti didakwa terlibat kes rasuah

Demi kereta Honda, Pengarah Universiti didakwa terlibat kes rasuah.  Demi memiliki kereta jenama Honda, Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti di sebuah universiti Awam di Melaka menerima padah apabila dia ditahan reman berhubung kes rasuah.

Memetik laporan Melaka Hari Ini, tertuduh yang berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir beri keterangan.

Sehubungan itu, perintah reman dikeluarkan Majistret Mazan Sinin selepas menerima permohonan daripada SPRM yang mana penahanannya bermula hari ini sehingga Isnin depan (26 September).

Menurut Pengarah SPRM Negeri Melaka, Mohd Shahril Che Mat, individu berkenaan ditahan kerana disyaki menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 yang dianggarkan berjumlah RM174,500.