Demi kejayaan kerajaan perpaduan, DAP sokong Anwar tanpa syarat

Demi kejayaan kerajaan perpaduan, DAP sokong Anwar tanpa syarat. DAP sanggup berkorban dalam memastikan kerajaan perpaduan yang terbentuk melalui kerjasama pelbagai parti politik berjaya direalisasikan, kata setiausaha agungnya, Anthony Loke Siew Fook.
Loke berkata, parti itu juga telah menyatakan hasrat untuk memastikan kepentingan negara melebihi kepentingan parti bagi menyokong Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.
“Pada 22 Nov sebelum Anwar Ibrahim pergi ke Istana Negara, saya menyatakan kepadanya selagi anda boleh menjadi PM, DAP sanggup berkorban apa sahaja. Itu komitmen saya,” kata Loke pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.