Demi kebaikkan pekebun kecil di Rengit, Khairuddin gesa Sekatan Empangan Air (Check Dam) segera dibina

Demi kebaikkan pekebun kecil di Rengit, Khairuddin gesa Sekatan Empangan Air (Check Dam) segera dibina. Khairuddin A Rahim calon N25 Rengit dari PKR sangat berharap agar diperbanyakkan pembinaan Sekatan Empangan Air (Check Dam) di kawasan perkampungan.

Khairuddin A Rahim, calon No 4 N25 Rengit
Tujuan adalah untuk memastikan bekalan air yang mencukupi bagi memudahkan Jabatan Bomba memadamkan kebakaran di waktu musim kemarau di kebun sawit ,nenas dan tanaman kontan di kawasan pendalaman Rengit yang mana bertanah gambut, katanya.
Katanya lagi, setakat ini hanya terdapat 4 buah check dam.
Beliau telah membawa perkara ini pada pihak berkaitan dan harap perkara ini diambil perhatian segera demi kebaikkan pekebun-pekebun kecil Rengit.
Turut baca
- Khairuddin ‘dedah’ pengusaha pasir, pelombong guna dokumen permit palsu, bayar cukai di Johor
- Khairuddin sedia ‘bela’ nelayan bot kecil di Rengit
- Tekanan air rendah, capaian internet lemah ‘menghantui’ penduduk Kampung Parit Tengah, Khairuddin sedia ambil tanggungjawab