Demi besarkan anak, ibu tunggal gigih bawa bayi 9 bulan cari rezeki waktu malam

Demi besarkan anak, ibu tunggal gigih bawa bayi 9 bulan cari rezeki waktu malam

Demi besarkan anak, ibu tunggal gigih bawa bayi 9 bulan cari rezeki waktu malam. Bukan mudah untuk membesarkan anak, lebih-lebih lagi dengan status sebagai ibu tunggal atau bapa tunggal. Pastinya semangat yang kuat diperlukan sehingga anak tersebut meningkat dewasa.

Demi besarkan anak, ibu tunggal gigih bawa bayi 9 bulan cari rezeki waktu malam

Itulah yang terpaksa dilalui ibu muda ini selepas videonya tular di platform TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.

Ibu tunggal dikenali sebagai Nur Haslinda Shahira Mohd Hashim, itu dikatakan terpaksa membawa anaknya yang baru berusia sembilan bulan ke tempat kerja.

Memetik laporan mStar online, ibu berusia 21 tahun itu memaklumkan bahawa dirinya tidk mampu untuk mengambil upah pengasuh malah selama ini dia meminta ibu bapanya yang menjaga anaknya.

“Saya kerja di 7-Eleven, nak ambil upah pengasuh tidak mampu. Mak ayah jual kuih, mereka hantar berkalan ke kedai-kedai makan saja tak ada kerja tetap jadi biasanya saya minta mereka tolong jaga anak saya.

“Mengenai video yang dirakam, masa tu saya terpaksa bawa anak ke tempat kerja sebab dia menangis tak berhenti. Dia tak sakit cuma nak ada bau ibu di sebelah. Saya tak tahu nak buat apa untuk pujuk dia.

“Sebenarnya manager tak bagi bawa anak ke tempat kerja. Tapi malam tu nasib baik dia benarkan selepas saya minta budi bicaranya,” ujarnya yang mesra disapa Haslinda.

Walau bagaimanapun, ibu ini mengaku sukar untuk bekerja sambil menguruskan anaknya, Muhammad Adam Aadhif sejak bercerai kira-kira enam bulan lalu hingga terpaksa mendapatkan bantuan ibu bapanya.

Namun, dia tetap bertegas akan terus menjaga anaknya walaupun terpaksa menanggung beban dalam membesarkan bayi lelakinya itu.

Berusaha mencari rezeki sendiri selepas berpisah dengan suami, dia memaklumkan hanya mampu bertahan tiga bulan di kedai serbaneka berkenaan namun tidak berputus asa demi masa depan anak.

“Memang tidak dinafikan jadi single mom ini susah. Kos perbelanjaan bila ada anak pun besar. Tapi saat tengok wajah anak masa tidur, hati jadi sayu. Saya tak akan putus asa demi masa depan anak. Selagi mampu, saya akan terus mencari rezeki,” ujarnya.

Berkongsi cerita saat malam dia membawa anak bersama ke tempat kerja, ibu ini memaklumkan bahawa dia menaiki motorsikal selama 15 minit dari rumahnya ke kedai serbaneka itu.

Walaupun terpaksa mulakan hidup baharu, namun dia tetap bersemangat setelah menerima banyak kata-kata positif daripada orang sekelilingnya.