DBKL tutup restoran gajikan warga asing tanpa permit

DBKL tutup restoran gajikan warga asing tanpa permit

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu sebuah premis di Jalan 2/90 Taman Pertama Cheras di sini kerana menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL disertai oleh seorang pegawai dan lapan orang anggota penguat kuasa pada jam 11 pagi Isnin.

Menurut kenyataan itu, serbuan menerusi operasi khas tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap premis tersebut selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Katanya, tindakan menutup premis restoran telah dilaksanakan dan satu notis tindakan notis tutup premis serta merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,

Sebanyak tiga notis kompaun Menggajikan Warga Asing Tanpa Permit di bawah UUK20(1)(b) UUK Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan satu Notis UUK5(1) Papan Tanda Tanpa Kebenaran di bawah UUK Iklan (WPKL) 1982 turut dikenakan ke atas premis itu.

Penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke masa,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/119745/EDISI/Selangor-KL/DBKL-tutup-restoran-gajikan-warga-asing-tanpa-permit