Dari kecil selalu kena ‘bantai’ bersama, abang sedih nak berpisah dengan adik baru kahwin pergi ikut suami

Dari kecil selalu kena ‘bantai’ bersama, abang sedih nak berpisah dengan adik baru kahwin pergi ikut suami

Dari kecil selalu kena ‘bantai’ bersama, abang sedih nak berpisah dengan adik baru kahwin pergi ikut suami. Orang kata air dicincang tak akan putus, inikan pula hubungan adik beradik. Jauh mana pergi adik beradik tentunya antara insan yang akan dirindui.

Dari kecil selalu kena ‘bantai’ bersama, abang sedih nak berpisah dengan adik baru kahwin pergi ikut suami

Lebih-lebih lagi kalau selama ini adik beradik itu terlalu rapat, nak-nak lagi kalau semua perkara dikongsi bersama tentu sedih sekiranya berjauhan.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dapabila berkongsi gelagat suaminya bersama adik iparnya.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat dua beradik berkenaan berpelukan sambil masing-masing menahan sebak.

Difahamkan, mereka dua beradik baru sahaja selesai majlis bersanding bersama manakala adiknya terpaksa mengikut suami balik ke Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, abangnya sempat berpesan bahawa agar kerap pulang malah adiknya turut berpesan agar menjaga kakak iparnya dengan baik.

Mereka sememangnya rapat sejak kecil malah kerap ‘dibantai’ bersama-sama.

Rata-rata warganet turut sebak melihat perpisahan dua beradik itu. Malah mereka turut kagum melihat ikatan kasih sayang yang kuat diantara adik beradik berkenaan.

 

Turut baca