Darah dah merata atas lantai… Rompak waktu sahur di Wakaf Bharu, satu keluarga trauma, ketakutan

Darah dah merata atas lantai… Rompak waktu sahur di Wakaf Bharu, satu keluarga trauma, ketakutan

Darah dah merata atas lantai… Rompak waktu sahur di Wakaf Bharu, satu keluarga trauma, ketakutan.

Saat semua orang bangun sahur, satu keluarga tiba-tiba diserang perompak bersenjatakan pisau setelah berjaya memecah masuk melalui gril tingkap.

Kejadian yang berlaku di Kampung Laut, Wakaf Bharu, Kelantan pada jam 4.45 pagi itu dikongsikan oleh Nur Solehah di Facebook.

Lebih menyayat hati, ibu bapa wanita ini siap bergelut dengan perompak berkenaan hingga lantai rumah mereka dipenuhi darah sebelum dia menghubungi pihak polis.

“Mak turun sebab dengar bunyi bising, perompak sempat lari…”

Menurut Solehah, dia tidak boleh membayangkan perasaan ibu dan bapanya yang terlibat dengan pergelutan hingga mengakibatkan pertumpahan darah tersebut.

“Mak turun sebab bunyi bising kat bawah dan tengok darah dah banyak atas lantai. Ingat kena perut ke apa. Masa tu ayah suruh mak naik telefon polis.”

“Dan perompak tu datang dekat mak tapi tak buat apa2. Mujur la dia tak tikam mak Masa bunyi bising tu, saya cepat2 keluar bilik n turun tapi mak tak bagi dan suruh telefon polis.”

“Tapi perompak tu dang lari. Tak logik seorang diri sebab grill tu kecik sangat. Mesti ada orang kat luar yang tolak dia masuk.”

“Ayah kena pisau, kena 10 jahitan…”

Akibat dari pergelutan, ayahnya dikenakan 10 jahitan susulan luka di tangan dan dirawat di Hospital Tumpat.

“Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi. Allah selamatkan lagi nyawa kami semua walaupun jari ayah kena pisau, kena 10 jahitan. Doakan tiada kesan kepada penyakit lain dan cepat sembuh.”

“InsyaAllah. Alhamdulillah tak dang rompak apa2 pun. Jiran terkejut ada tangga kat tingkap rumah dia. So rasanya dia aim rumah jiran dulu tapi tak berjaya. Tu try rumah lain. Wallahualam,”

Harap semua hati-hati…

Di akhir posting, Solehah meminta penduduk setempat agar lebih berhati-hati agar tidak terkena nasib sama dengan keluarganya.

“Saya share sebagai peringatan untuk semua especially penduduk Kampung Laut. Kalau ada syak apa2, kemungkinan suspek yang sama. Suspek bertopeng, tak nampak muka. Bulan puasa ni dia main kotor pulak.

“Harap2 Allah permudahkan, beri petunjuk untuk tangkap penjenayah ni. Hati2 semua. Moga Allah lindung kita semua. InsyaAllah,” kongsinya.

 

Turut baca

 

Tonton juga