Dakwaan ajak tonton video lucah, diraba: Bapa pelakon remaja direman

Dakwaan ajak tonton video lucah, diraba: Bapa pelakon remaja direman

Dakwaan ajak tonton video lucah, diraba: Bapa pelakon remaja direman.  Bapa kepada pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya direman sehingga 12 Sept selepas ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata tangkapan terhadap suspek dibuat pada 2.45 petang dengan polis turut merampas sebuah telefon bimbit miliknya.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat

“Saringan air kencing ke atas OKT (orang kena tuduh) adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“OKT direman sehingga 12 Sept untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kandungan telefon bimbit suspek akan dianalisis Jabatan Forensik polis.

Semalam, menurut Sinar Harian, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat pendedahan yang mendakwa pernah diajak bapanya menonton filem lucah bersama, selain mendakwa pernah beberapa kali diraba lelaki itu.

Wan Azlan berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah, kata laporan itu.