Dahlah projek dibelasah kartel, kini kontraktor kecil di ancam kenaikan harga bahan ‘melampau’

Dahlah projek dibelasah kartel, kini kontraktor kecil di ancam kenaikan harga bahan ‘melampau’

Saya sangat bersimpati degan nasib kontraktor-kontraktor binaan yang mula aktif semula dalam perniagaan setelah ancaman wabak covid19 mula mereda. Malangnya mereka diancam pula dengan kenaikan bahan-bahan binaan yg melonjak naik secara melampau.

Kenaikan harga bahan-bahan tersebut memang dijangka kerana semasa wabak covid19 melanda ,syarikat pengeluaran terpaksa mengurangkan produksi disebabkan kurangnya permintaan dan sekarang apabila kegiataan pembinaan mula merancak berlaku kekurangan bekalan pula. Dengan kos pengeluaran yang meningkat, pihak syarikat pengeluaran telah mengambil kesempatan menaikkan harga semaksima mungkin. Perkara inilah yang kerajaan perlu kawal.

Kerajaan yang telah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku sepatutnya awal-awal telah membuat perancangan bagi mengekang kenaikan harga yang melampau. Kenaikan harga sehingga hampir 100% contohnya harga besi dahulu RM18 sebatang sekarang RM32 sebatang dan trend harga yang terus meningkat sangat menkhuatirkan banyak pihak.

Pihak pemaju tentunya akan menaikkan harga jualan rumah, sedangkan kuasa membeli rakyat terus melemah apabila ramai pekerja-pekerja dipotong gaji sementara graduate hanya mendapat gaji minima RM1,200. Pelabur-pelabur mungkin membuat perkiraan lain apabila berhadapan dgn modal pembinaan yg melambung.

Kontraktor-kontraktor kecil akan berhadapan dengan masalah kerja, apabila ramai mereka yang hendak membina rumah baru, mengubahsuai rumah dan sebagainya telah menangguhkan niat mereka. Fenomena tersebut akan menjadi krisis ekonomi dan sosial negara jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

Kita sebagai rakyat sangat menunggu2 perancangan Bapak-bapak Menteri dalam mengutarakan program-program bagi mengatasi masalah kenaikan harga bahan-bahan binaan yang meroket sekarang ini. Satu perancangan yang mampan patut dibuat dengan dasar ‘menang-menang’ kepada semua pihak. Syarikat pengeluar tidak terus terbeban dengan kos pengeluaran yg meningkat dengan adanya program insentif daripada kerajaan, sehingga dengan itu mereka boleh menanggung sebahagian kesan kenaikan permintaan. Rakyat sedia menerima sedikit peningkatan harga tetapi kenaikan harga yang melampau patut dielakkan.

Saya juga amat perhatin dgn nasib kontraktor2 kecil G1, G2 , G3 dan G4 dengan mengharapkan pihak kerajaan dapat menyemak dan merasionalkan harga2 anggaran mereka bersesuaian dengan harga semasa. Jadual Kadar Harga JKR yang menjadi rujukan banyak pihak patut di ulangkaji segera. Saya difahamkan ulangkaji terakhir dibuat pada 2018 tetapi hanya perubahan kulit sahaja sedangkan kebanyakan harga lebih dari 10 tahun tidak disemak, yang saya kira suatu tindakan yang sangat tidak proaktif oleh pihak pentadbiran. Segeralah ubah kadar harga tersebut berdasarkan suasana covid19 tambahan lagi faktor kesukaran mendapat buruh asing dan hanya buruh tempatan dengan gaji harian minimum RM100 sehari.

Bagi kontraktor yang sedang melaksanakan sesuatu projek diharapkan pihak jabatan yang terbabit dapat memudahkan urusan memberi tambahan harga kontrak kepada kontraktor-kontraktor berdasarkan peruntukan ‘price variation’ yang tersedia dalam perjanjian kontrak.

Semua pihak terutama di pihak kerajaan, perlu bertindak proaktif dengan suasana wabak sekarang ini bagi mengelakkan negara terjerumus dalam jurang krisis ekonomi dan sosial yang parah.

Rakyat sedang menunggu kecerdikan kerajaan PN untuk bertindak.

Sumber | FB