Dahlah lama tunggu order, sekali meja lain dapat dulu…wanita mengamuk menjerit marah pekerja

Dahlah lama tunggu order, sekali meja lain dapat dulu…wanita mengamuk menjerit marah pekerja

Dahlah lama tunggu order, sekali meja lain dapat dulu…wanita mengamuk menjerit marah pekerja. Sejak kebelakangan ini, semakin banyak isu individu yang hilang sabar berlaku tidak kira tempat, masa dan situasi.

Terbaru, satu video menunjukkan seorang wanita yang menjerit-jerit memarahi pekerja, tular dan menarik perhatian netizen.

Dahlah lama tunggu order, sekali meja lain dapat dulu...wanita mengamuk menjerit marah pekerja

Kejadian yang berlaku di salah satu restoran di Batu Pahat, Johor itu difahamkan atas sebab seorang pelanggan yang tidak berpuas hati gara-gara makanannya yang dipesan sampai lewat dari orang lain.

Difahamkan, wanita tersebut telah memesan roti nan mozarella lebih awal, namun meja sebelah yang lebih lewat sampai telah menerima pesanan roti nan kosong terlebih dahulu…

Menerusi penjelasan seorang individu yang berada di tempat kejadian, wanita yang mengamuk tersebut sebenarnya telah dari awal menerangkan situasi dengan baik, namun pihak peniaga yang mencetuskan rasa tidak puas hati hingga menimbulkan perbalahan.

Namun begitu, pertelingkahan itu difahamkan telah diselesaikan dengan cara baik di mana suami wanita tersebut terlebih dahulu meminta maaf dan berpelukan sesama mereka.

Dalam pada itu, terdengar laungan azan daripada lelaki berbaju biru membuatkan situasi tegang bertukar kelakar apabila rata-rata netizen terhibur namun ‘respect’ dengan cara lelaki tersebut menenangkan keadaan.

Dahlah lama tunggu order, sekali meja lain dapat dulu...wanita mengamuk menjerit marah pekerja

 

Turut baca