“Dah kenapa…” Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik

“Dah kenapa…” Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik

“Dah kenapa…” Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik.

Tindakan dua orang lelaki memasuki sebuah tandas mengundang pelbagai reaksi orang ramai selepas tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial Mr.67 memaparkan dua orang lelaki berada dalam satu tandas yang sama.

Bagaimanapun, lokasi dan bila kejadian itu berlaku tidak dapat dikenal pasti.

"Dah kenapa..." Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik

Dalam pada itu, video berdurasi 18 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki yang dilihat selamba dan bersahaja keluar daripada tandas berkenaan manakala seorang lagi kekal di dalamnya.

Menjengah ke ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai terkejut dengan situasi berkenaan walaupun terdapat segelintir yang cuba bersangka baik.

“Astaghfirullah, tanya dia buat apa dalam tu. Cegahlah kemungkaran setidaknya dengan kebencian hati bagi selemah-lemah iman,” ucap Suhail.

“Husnuzon la, mungkin seorang nak kencing dan seorang lagi tahan pintu. Risau ada orang buka,” kata Suzie.

“Bersangka baik, mereka hisap rokok dalam tandas mengimbau masa sekolah dulu-dulu tetapi betul kan seluar tu pelik,” seloroh Ajam.