Dah 2 bulan jambatan putus… Pelajar masih guna rakit, netizen persoal usaha pihak atasan

Dah 2 bulan jambatan putus… Pelajar masih guna rakit, netizen persoal usaha pihak atasan.
Mengenangkan nasib penduduk di kawasan pedalaman, tidak tergambar rasanya kepayahan yang mereka perlu lalui.
Ditambah pula dengan kemudahan infrastruktur di kawasan itu yang selalu sahaja bermasalah.
Bukan tidak bersyukur, tetapi dimanakah rasa keprihatinan pihak atasan terhadap nasib mereka ini.
Tak perlu lihat jauh, cukuplah dengan melihat video yang dikongsikan ini untuk membuka mata kita bahawa nasib pelajar di kawasan pedalaman perlu dibela.
2 bulan jambatan putus, kena redah sungai naik rakit yang lebar satu depa je.
Lepas dah seberang, kena naik pula tebing sungai yang curam dengan galas beg sekolah lagi.
Ini tahun 2022, bukan zaman perang penjajah lagi. Macammana boleh sampai macam ni?
pic.twitter.com/ry7dn1pkz4— luqmanlong (@luqmanlong) April 28, 2022
Dalam perkongsian itu, menyaksikan beberapa orang pelajar terpaksa menggunakan rakit untuk menyebarang dari sungai kerana jambatan gantung yang menjadi laluan utama mereka ke sekolah terputus.
Lebih menyakitkan, jambatan tersebut sudah dua bulan putus dan sehingga hari ini masih tiada sebarang tindakan dari pihak atasan untuk membaik pulih semula.
Menurut sumber lain, difahamkan kerajaan Sabah ada berjanji untuk menyediakan bot tetapi sehingga kini masih tiada tanda bahawa ia akan diberikana bagi memudahkan urusan penduduk di sana.
Susulan perkongsian itu, amat besar harapan mereka agar pihak bertanggungjawab mengambil perhatian akan perkara tersebut.
Tak sampai hati rasanya melihat kepayahan yang penduduk di kawasan pedalaman lalui selama ini, sedangkan rakyat lain semuanya sedang memacu laju menongkah arus pemodenan di luar sana.