Dadah dalam lokap: 9 polis antara 10 ditahan

Dadah dalam lokap: 9 polis antara 10 ditahan

Johor Bahru : Sembilan anggota polis dan seorang awam ditahan dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, 22 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sembilan anggota polis berusia 20 hingga 36 tahun itu berpangkat koperal dan konstabel yang juga penjaga lokap IPD berkenaan.

Manakala orang awam yang ditahan adalah anak kepada tahanan dalam lokap berusia 23 tahun.

Ahad lalu, sejumlah dadah jenis syabu dan heroin dirampas daripada tahanan reman di lokap IPD Kota Tinggi.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terhadap 129 tahanan reman di lokap terbabit turut mendapati 22 daripadanya adalah positif dadah.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/648862/dadah-dalam-lokap-9-polis-antara-10-ditahan