Curi motor demi tampung kos isteri bersalin, lelaki sebak jumpa anak lepas 2 bulan di penjara

Curi motor demi tampung kos isteri bersalin, lelaki sebak jumpa anak lepas 2 bulan di penjara

Curi motor demi tampung kos isteri bersalin, lelaki sebak jumpa anak lepas 2 bulan di penjara.

Demi isteri tercinta yang sedang sarat mengandung, pasti seorang suami sanggup melakukan apa sahaja untuk insan tersebut.

Walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri, pastinya mereka ini sanggup menggantikan isterinya.

Sama seperti seorang lelaki ini apabila sanggup menanggung risiko demi memastikan isteri dan anak bakal lahir nanti terjamin apabila sanggup mencuri sebuah motosikal dipercayai milik penjual sayur.

Tidak hanya itu sahaja, lelaki ini juga nekad menjual motosikal yang dicurinya itu dengan harga 1.5 juta rupiah (RM440.31) demi menampung kos pembiayaan untuk isterinya bersalin dengan selamat.

Walau bagaimanapun, kegiatannya terhidu dan dia dipenjara selama dua bulan atas dakwaan mencuri sehingga tidak dapat menemai isterinya saat bersalin.

Meskipun begitu, pemilik motosikal berkenaan menarik semula laporan polis dan memaafkan lelaki tersebut kerana memahami situasi yang dihadapi oleh pasangan suami isteri tersebut.

“Dipenjara selama dua bulan di Polres Rutan Takaran, si suami tidak sempat menemani isterinya untuk bersalin. Melihat perjuangan lelaki berkenaan, mangsa memaafkan si pelaku dengan ikhlas tanpa dendam.”

Dalam video yang dimuat naik pengguna Kejaksaan.ri di TikTok, dapat dilihat lelaki berkenaan sujud meminta maaf kepada mangsa dengan apa yang telah dia lakukan.

Malah, momen tersebut mengudang sebak semua pijak serta pegawai yang bertugas di pusat tahanan juga gagal menahan air mata kerana berasa sedih dengan situasi yang menimpa lelaki tersebut.

“Pejabat Pendakwa Negeri Takalar menyediakan wang pampasan untuk mangsa dan juga si pelaku dan kini si suami boleh bersama dengan isteri dan anaknya yang baru lahir itu.”

 

Tonton juga