Cukai tetap dikenakan bagi ujian calitan Covid-19

Cukai tetap dikenakan bagi ujian calitan Covid-19

Ujian calitan Covid-19 tidak termasuk dalam skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan pada tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah berkata, ujian calitan Covid-19 di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun adalah percuma.

“Ujian calitan Covid-19 tidak termasuk dalam pelepasan, tetapi sekiranya individu bergejala membuat ujian di fasiliti KKM, ia percuma,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chan Ming Kai (PKR-Alor Setar) sama ada ujian calitan Covid-19 akan turut mendapat pelepasan cukai.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi Covid-19.

Beliau ketika mengumumkan perkara itu dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu dipetik berkata, pelepasan cukai tersebut ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak terhad kepada RM1,000.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2020/12/16/tiada-pelepasan-cukai-untuk-ujian-calitan-covid-19/