Covid-19 mengganas lagi !! 11,985 kes baharu

Covid-19 mengganas lagi !! 11,985 kes baharu

Kementerian Kesihatan melaporkan 11,985 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 951,884 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jangkitan harian tertinggi, dengan 5,550 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Melaka (453), Sabah (474), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), Sarawak (261), Terengganu (171), Putrajaya (51), Labuan (35) dan Perlis (dua).

Sumber | FMT

COMMENTS