Cemas bayi terperangkap dalam kereta

Cemas bayi terperangkap dalam kereta

SEGAMAT – Seorang bayi lelaki terperangkap kira-kira 10 minit di dalam kereta bapanya di sebuah stesen minyak di Taman Gemerih Jalan Muar, di sini, malam tadi.

Difahamkan Mohd. Farish Ikhmal Mohd. Fadil Helmi berusia satu tahun tujuh bulan, sedang berada tempat duduk penumpang hadapan di dalam kereta yang dimatikan enjinnya.

Ketika itu, bapanya keluar untuk mengisi minyak sementara ibunya ke kedai serbaneka berhampiran.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Hazim Abd. Razak berkata, enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.07 malam.

Menurut Hazim, Mohd. Farish Ikhmal mungkin berasa panas di dalam kereta dan tertekan alat kunci pintu dari dalam kenderaan itu.

Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengumpil pintu kereta menggunakan peralatan khasz

“Kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat,”katanya.

Operasi terbabit ditamatkan pada pukul 7.40 malam.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2020/12/16/cemas-bayi-terperangkap-dalam-kereta/