Calon N25 Rengit gesa Malaysia menghasilkan vaksin, ubatan halal bagi masyarakat muslim sedunia

Calon N25 Rengit gesa Malaysia menghasilkan vaksin, ubatan halal bagi masyarakat muslim sedunia

Calon N25 Rengit gesa Malaysia menghasilkan vaksin, ubatan halal bagi masyarakat muslim sedunia. Dunia terpana dengan kemampuan HAMAS Palestin menghasilkan rudal-rudal yang berjaya menghentam seluruh Wilayah Israel yang dikawal oleh kubah besi ‘Iron Dome’. HAMAS hanya sebuah organisasai perlawanan di Palestin yang hidup dalam sebuah penjara besar di Jalur GAZA, tetapi mampu menghasilkan rudal-rudal yang telah mempermalukan Isreal. Lalu apakah mustahil untuk HAMAS menghasilkan vaksin corona sendiri sekiranya mereka memutuskan ianya menjadi keutamaan mereka.

Calon DUN Rengit gesa Malaysia menghasilkan vaksin, ubatan halal bagi masyarakat muslim sedunia

Khairuddin A.Rahim calon N25 Rengit

 

Berbanding HAMAS, Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka, terletak di kedudukan yang strategik dengan mempunyai tanah yang subur dan sumber alam yang banyak. Malaysia juga mempunyi hubungan deplomatik dan dagang yang baik dengan semua negara di dunia serta mempunyai pengaruh Malaysia yang kuat di kalangan negara-negara Islam. Di Malaysia juga telah tersedia infrastruktur yang cukup seperti sistem perhubungan jalan raya, telekomunikasi, tenaga letrik, pelabuhan, internet, tenaga kerja dan sebagainya. Aset yang dipunyai oleh Malaysia sebenarnya lebih dari cukup untuk melakukan apa-apa program yang terlintas dalam kepala pemimpin-pemimpin negara ini. Tidak mustahil dan bukan suatu isu yang besar sekiranya Malaysia bercadang untuk mempunyai sebuah Pusat R&D bagi menghasil vaksin untuk berbagai penyakit.

Persatuan-persatuan dan kelab-kelab bola sepak negara ini telah berbelanja jutaan ringgit untuk menurunkan permain-pemain profesional daripada luar negara hanya sekadar untuk mendapat kepuasan memenangi sesuatu pertandingan. Oleh itu kerajaan juga wajar bersedia mengeluarkan belanja untuk membawa masuk saintis-saintis dan pakar-pakar penyelidik luar untuk berkerja di pusat-pusat R&D dalam berbagai bidang di negara ini termasuk Pusat R&D yang menghasilkan vaksin-vaksin seperti yang dicadangkan itu. Kemasukan saintis-saintis dan pakar-pakar luar tesebut juga dapat membantu saintis-saintis dan penyelidik tempatan untuk belajar dan mendapatkan ilmu, teknologi dan kepakaran daripada mereka.

Permintaan ke atas vaksin-vaksin tempatan semakin meningkat di kalangan masyarakat muslim di negara ini. Mereka sudah tidak sanggup lagi untuk menerima ubatan yang tidak mempunyai status halal yang jelas. Perasaan tersebut juga dirasai oleh ramai muslim di seluruh dunia. Cadangan pembinaan Pusat R&D vaksin di negara ini dengan melibatkan Dunia Islam bakal menjadi pencetus kesedaran kepada seluruh masyarakat muslim dunia untuk beraleh kepada veksin dan ubatan halal. Usaha ini juga boleh menjadikan Malaysia dikenali sebagai pencetus idea pengunaan veksin dan ubatan halal sebagaimana Malaysia berjaya mengenengahkan logo halal bagi mengesahkan status halal produk-produk yang ada di pasaran.

Persolannya, adakah kerajaan hari ini mempunyai keberanian untuk membuat dasar bagi melaksanakan cadangan di atas. Walaubagaimanpun kita berharap, siapa pun kerajaan yang memerintah negara ini di masa akan datang, wajar untuk memberi perhatian ke atas cadangan pembinaan sebuah Pusat R&D Vaksin yang berwibawa dalam menghasilkan vaksin dan ubatan halal untuk masyarakat muslim sedunia.

Tidaklah Malaysia kurang tarafnya berbanding HAMAS, Palestin, kata Khairuddin A. Rahim calon N25 Rengit.

 

Turut baca

 

Klik  Rengit Bangkit  untuk  WhapSaPP  group Rengit Bangkit