“Call tak angkat”… Wanita sedih ditipu ‘customer’, ‘booking’ meja tapi tak datang

“Call tak angkat”… Wanita sedih ditipu ‘customer’, ‘booking’ meja tapi tak datang

“Call tak angkat”… Wanita sedih ditipu ‘customer’, ‘booking’ meja tapi tak datang.

Berbuka puasa di restoran beramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan merupakan hal biasa yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Namun begitu, terkadang berlaku penipuan di mana ada individu yang telah ‘beriya’ menempah meja dengan kapasiti orang yang banyak, rupanya hanya sandiwara.

Perkongsian @NorFazilah di Tiktok meraih perhatian ramai yang simpati dengan nasib pemilik restoran ini yang difahamkan telah menelefon berkali-kali namun tiada respons.

Dalam video, wanita ini meluahkan dengan suara sangat sedih dan kecewa kerana perniagaan mereka agak pelahan di bulan Ramadan, namun dianiayai begini oleh pelanggan.

Apa yang membuatkan netizen terharu adalah komen seorang individu yang bermurah hati untuk membayar segala kos makanan yaang telah siap dimasak.

Sementara itu, para netizen pula sangat bersimpati dan terkilan kerana wanita ini dianiaya sampai begini sekali.

Justeru, mereka mendoakan agar ada rezeki lain yang berlipat kali ganda diturunkan buat wanita ini dan perniagaannya.