“Bukan percuma…” Mohon bantuan rakan di Thailand, Ustaz Kazim ‘buru’ bomoh hantar sihir

“Bukan percuma…”  Mohon bantuan rakan di Thailand, Ustaz Kazim ‘buru’ bomoh hantar sihir

“Bukan percuma…” Mohon bantuan rakan di Thailand, Ustaz Kazim ‘buru’ bomoh hantar sihir.

Dato’ Ustaz Kazim Elias yang menggemparkan Malaysia dengan penyakit misterinya ketika ini sedang memohon bantuan dari rakan di Thailand untuk mencari dalang yang menghantar sihir kepadanya.

Menurut sumber Utusan, Ustaz Kazim akan dibantu rakannya dari Thailand yang tiba di Malaysia sejak 2 hari lalu.

“Kita nak cari orang di Thailand yang disebut berkali-kali, yang orang jumpa gambar saya di tempat rawatan.”

"Bukan percuma..." Mohon bantuan rakan di Thailand, Ustaz Kazim 'buru' bomoh hantar sihir

Menerusi siaran langsung di Facebook rasmi beliau, bertajuk ‘Prank, Berlakon atau Real’ seramai 11 ribu penonton terkejut dengan perkhabaran ini.

“Kita nak pujuk balik dia supaya buangkan sihir dia dan dengan izin Allah tidaklah jadi sihir lagi.”

Kata Ustaz Kazim, beliau sama sekali tidak kisah mengenai kos yang disebutkan asalkan sihir yang mengenai dirinya dapat dihentikan.

“Berapa ribu dia nak kita bayarlah. Cari duit bayar pada bomoh itu, nanti suruh dia tarik semula apa yang dia buat.”

"Bukan percuma..." Mohon bantuan rakan di Thailand, Ustaz Kazim 'buru' bomoh hantar sihir

Sejak semalam, Ustaz Kazim mula memuat naik keadaan dirinya yang sakit gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan selama 8 bulan, kini tidak boleh disorok lagi.