Budak 5 tahun jatuh dari tingkat 10 gagal diselamatkan

Budak 5 tahun jatuh dari tingkat 10 gagal diselamatkan

Budak 5 tahun jatuh dari tingkat 10 gagal diselamatkan. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Kajang, di sini pagi tadi.

Budak 5 tahun jatuh dari tingkat 10 gagal diselamatkan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

“Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada pada 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM.

“Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.