Budak 4 tahun hilang, dipercayai mati dibunuh pengasuh & ibu bapa, mayat dibuang ke sungai

Budak 4 tahun hilang, dipercayai mati dibunuh pengasuh & ibu bapa, mayat dibuang ke sungai

Budak 4 tahun hilang, dipercayai mati dibunuh pengasuh & ibu bapa, mayat dibuang ke sungai. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, Eric Chang Wei Jie yang hilang sejak Isnin lalu dipercayai dibunuh pengasuh dan ibu bapanya.

Kejadian yang berlaku di Kuching itu melibatkan mayat kanak-kanak malang tersebut dipercayai dibuang ke Sungai Sarawak di Muara Tebas.

Menurut Harian Metro, Polis Daerah Kuching menjalankan penyiasatan di sekitar kawasan Muara Tebas bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Maritim Malaysia Sarawak, Polis Marin Wilayah 5 Sarawak.

Sebelum ini, polis menahan empat orang suspek dengan tangkapan pertama membabitkan kedua-dua ibu bapa Eric sebelum menangkap dua lagi suspek iaitu pengasuh dan suaminya.

Untuk rekod, Dynasty Chang Ka Hui, 25 (ibu Eric) membuat laporan polis pada 7 Mac lalu di Balai Polis Bintawa berhubung kehilangan anak lelakinya itu pada 9.15 pagi.

Difahamkan, pengasuh Eric juga telah menghubungi ibunya dan mendakwa kanak-kanak tersebut hilang.

Menurut sumber majoriti.com, hasil semakan rekod lampau, kesemua suspek mempunyai 17 rekod jenayah, iaitu 14 kesalahan jenayah dadah, dua jenayah harta benda dan satu jenayah komersial.

“Kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan soal siasat lanjut.”

Katanya, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis syabu.