‘Boyfriend’ tak dapat dikesan, wanita amuk, bakar rumah rakan sedang tidur

‘Boyfriend’ tak dapat dikesan, wanita amuk, bakar rumah rakan sedang tidur

‘Boyfriend’ tak dapat dikesan, wanita amuk, bakar rumah rakan sedang tidur.

Bengang rakan tidak beri kerjasama, seorang wanita dI Thailand nekad membakar rumah rakan baiknya gara-gara tidak diberitahu lokasi keberadaan teman lelakinya.

Mangsa, Parichat Yongpanya, 33, menceritakan detik cemas tersebut ketika dia dan 2 anak perempuan sedang tidur, namun ‘diserang’ suspek dengan membawa sebotol minyak petrol sambil cuba menghubungi teman lelakinya.

Mujur masa kejadian, Parichat sempat berlari menyelamatkan diri bersama anak perempuannya dan tidak mengalami kecederaan sementara suspek melarikan diri.

Difahamkan Parichat yang juga rakan kekasih wanita itu berkata, lelaki itu biasanya mengunjungi rumahnya namun tidak datang pada hari kejadian.

Buntu teman lelakinya langsung tak dapat dikesan, suspek bertindak melulu dengan membakar rumah Parichat sebelum keluar rumah dan menghilangkan diri.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan merancang untuk menahan suspek dalam masa terdekat bagi memfailkan pertuduhan

Difahamkan, kes sedang disiasat oleh pihak polis dan suspek bakal ditahan untuk membantu siasatan.