BN, PN mula berunding selepas tahu ketinggalan dalam persaingan

BN, PN mula berunding selepas tahu ketinggalan dalam persaingan

BN, PN mula berunding selepas tahu ketinggalan dalam persaingan. Pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) memulakan rundingan untuk bekerjasama membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

Dakwanya, tindakan itu dimulakan selepas masing-masing ketinggalan dalam persaingan, beberapa hari lagi menjelang hari mengundi Sabtu ini.

Dakwanya, wakil PAS dan Bersatu bertemu dengan Bendahari BN Hishamuddin Hussein dan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hassan.

“Mereka sudah mula berunding kerana dia tahu, dia sudah ke belakang.

“Jadi, kenapa tidak beritahu rakyat terang-terang?” soalnya seperti dilaporkan Berita Harian.

Justeru, Anwar mendakwa kritikan parti-parti itu sesama sendiri cuma “wayang kulit”.

Anwar dilapor berkata demikian dalam acara bertemu pengundi di Sungai Besar, hari ini.

Bercakap kepada media di Kota Bharu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, petang ini berkata BN ialah pilihan terdekat PAS untuk bergabung selepas PRU15.

Terdahulu media memetik Takiyuddin menyatakan PAS tidak menolak kemungkinan PN akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian.

Dalam kenyataan bertulis dia bagaimanapun berkata laporan itu dipetik di luar konteks.

Katanya, PN akan membentuk kerajaan secara bersendirian dan isu berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula berkata dia tidak pernah memberi mandat atau melantik Takiyuddin untuk berunding dengan BN.

BN, PN mula berunding selepas tahu ketinggalan dalam persaingan