Blogger guna derma orang ramai bayar saman PM Singapura

Blogger guna derma orang ramai bayar saman PM Singapura

Seorang penulis blog mengutip dana hampir SGD100,000 (RM308,170) menerusi kempen derma online bagi membayar ganti rugi yang diperintahkan oleh sebuah mahkamah Singapura selepas dia didapati bersalah memfitnah Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi perkongsian artikel di Facebook.

Leong Sze Hian disaman Hsien Loong selepas berkongsi artikel itu yang mengaitkan beliau dengan skandal dana 1MDB.

Pengkritik-pengkritik berkata, kes itu merupakan contoh terbaharu pemerintah yang ingin menutup mulut mereka yang menyuarakan perasaan tidak puas hati di media sosial.

Mahkamah Singapura berpihak kepada Hsien Loong pada bulan lalu dan memerintahkan penulis blog itu membayar ganti rugi berjumlah SGD133,000 (RM409,889) tidak termasuk kos lain yang akan ditentukan kelak.

Sze Hian melancarkan kutipan derma secara online dan sehingga semalam, lebih 2,000 orang menyumbang kepadanyanya selepas 11 hari.

“Kita telah sebanyak mengumpul SGD133,000, terima kasih kepada rakyat Singapura.

“Terima kasih kepada anda semua kerana menjadikan kita berani menghadapinya,” katanya di Facebook.

Artikel dikongsi Sze Hian yang asalnya diterbitkan sebuah portal berita Malaysia itu mendakwa bahawa Hsien Loong merupakan sasaran penyiasatan di Malaysia berhubung kes 1MDB.

Pemimpin-pemimpin Singapura kerap membawa pengkritik ke mahkamah termasuk seteru politik dan media dan menegaskan bahawa tindakan itu perlu bagi menjaga reputasi mereka. -AFP

COMMENTS