Bina momentum baharu, parti-parti pembangkang diseru ke meja rundingan

Bina momentum baharu, parti-parti pembangkang diseru ke meja rundingan

BINA MOMENTUM BAHARU, PARTI-PARTI PEMBANGKANG DISERU KE MEJA RUNDINGAN

1. Kegagalan pembangkang dalam menolak belanjawan di peringkat jawatankuasa memberikan petunjuk bahawa segala yang pernah dikatakan sebelum langsung tidak menjadi kenyataan. Setakat hari ini, belum ada lagi mana-mana peruntukan kementerian yang mampu ditolak di peringkat jawatankuasa. Bahkan pada setiap sesi undi belah bahagi, Pakatan Harapan dan pembangkang lainnya hanya mencapai lingkungan angka antara 95 ke 97 sahaja.

2. Sungguhpun kegagalan ini memedihkan ketika rakyat umumnya meletakkan harapan besar agar belanjawan ini ditolak, kita optimis bahawa momentum dan kekuatan baharu itu boleh dibina apabila SEMUA parti pembangkang fokus dengan usaha mengalahkan Kerajaan Perikatan Nasional, yang jelas tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu keperitan hidup akibat pandemik.

3. Atas maksud demikian, kami menyeru kesemua fraksi opposisi daripada AMANAH, PKR dan DAP (yang membentuk Pakatan Harapan) bersama WARISAN, UPKO, PSB, MUDA dan Pejuang untuk kembali ke meja rundingan serta berbincang garis dan terma kerjasama baharu, sekaligus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kekuatan sebenar parti-parti pembangkang.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

3 Disember 2020 | 18 Rabi’ulakhir 1442H