Bilalah kerajaan Muhyiddin nak berhenti buat PKP bodoh, tanya Lokman

Bilalah kerajaan Muhyiddin nak berhenti buat PKP bodoh, tanya Lokman

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam menempelak Perdana Menteri berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua (PKP 2.0) yang dianggapnya bersifat pilih kasih.

Tegasnya, PKP 2.0 yang membenarkan lebih banyak sektor ekonomi semasa dibuka itu dilihat seolah-olah berkuatkuasa ke atas rakyat biasa.

Sebaliknya, dia berpendapat orang kenamaan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai set undang-undang yang berbeza.

Bilalah kerajaan Muhyiddin ni nak berhenti buat PKP bodoh yang penuh dengan double standard dua darjat ni?” kecamnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Lokman yang dibuang daripada menjadi ahli Umno pada Februari tahun lalu turut memberikan beberapa contoh untuk menguatkan hujahnya.

“Kenapa perlu ada dua set undang-undang yang berbeza? Bila rakyat, main badminton kena main secara single sahaja, MB (Menteri Besar) Kedah boleh pula main beregu.

“Bila rakyat nak rentas sempadan beriadah atau melawat keluarga tidak boleh tapi PM boleh pula rentas negeri main golf di Kota Permai empat hari sudah.

“Bila Timbalan Menteri Wilayah nak melawat keluarga di Australia pun boleh, rakyat biasa nak melawat emak yang telah uzur pun tidak dibenar rentas sempadan daerah, usah ceritalah sempadan negara,” tegasnya.

Sehubungan itu, Lokman menggesa agar pintu sempadan negara dibuka untuk individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pada 26 Februari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin Covid-19.

Walau bagaimanapun, banyak pihak dikhuatiri bakal terus hilang sumber pendapatan terutama dalam sektor pelancongan serta minuman dan makanan (F&B) kerana untuk mencapai tahap vaksinasi 70 peratus memerlukan tempoh sehingga Disember depan. | MD