Bila nak bergambar, orang selalu sebut ‘say cheseeeeee…’ Ini asal usul perkataan tersebut

Bila nak bergambar, orang selalu sebut ‘say cheseeeeee…’ Ini asal usul perkataan tersebut

Selalu kita ligat gelagat muda mudi bila hendak bergambar, mereka akan sebut ‘Say Cheese’. Selalu perkataan itu akan disebut sebelum gambar dirakam. Bila sebut say cheese, spontan mereka akan tersenyum lebar sebelum gaya dirakam.

Tahu tak macam mana perkataan say cheese itu boleh wujud?

Berdasarkan artikel berjudul ‘The Origin of “Say Cheese” and When People Started Smiling in Photographs’ mengatakan, siapa pencipta frasa ini belum diketahui dan masih kekal misteri sehingga hari ini.

Namun, terdapat satu teori dikaitkan tentang kewujudan perkataan ini. Apabila seseorang disarankan menyebut perkataan ‘Say Cheese’ , secara automatiknya bukaan bibir akan berubah.

Jika perkataan ini disebut beberapa kali secara tidak langsung akan menampakkan senyuman pada wajah mereka yang akan diambil gambarnya.

Berdasarkan catatan berjudul The Big Spring Herald, frasa unik ini dipercayai mula dipertuturkan sejak lebih 70 tahun lalu. Difahamkan, ia satu formula yang diperkenalkan oleh seorang diplomat Amerika Syarikat, Joseph E. Davies. Idea ini didedahkan menerusi bukunya bertajuk ‘Mission to Moscow’.

Merujuk tulisan beliau ia berbunyi “It’s simple. Just say ‘Cheese’, It’s an automatic smile. “I learned that from a politician,” Mr. Davies chuckled. “An astute politicia a very great politician. But, of course, I cannot tell you who he was…”

Jika diteliti perkataan ini, Davies menunjukkan cara mudah untuk senyum. Hanya menyebut ‘Cheese’ secara automatik mulut kita akan tersenyum.

Menariknya, dia ada menyatakan formula itu diajar oleh seorang ahli politik hebat, namun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik tersebut.

Siapakah ahli politik itu? Wujud desas-desus mengatakan ahli politik tersebut ialah Presiden ke-32 Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt.

Sewaktu legasi pemerintahan Roosevelt, Davies merupakan diplomat kedua mewakili Amerika Syarikat ke Soviet Union pada tahun 1936 hingga 1938.

Timbul persoalan, adakah Roosevelt yang mencipta frasa tersebut? Malangnya, sehingga hari ini tiada jawapan kukuh membuktikan pemimpin tertinggi ini sebagai individu pertama menyebut perkataan ‘Say Cheese’.

Hal ini turut mendapat perhatian seorang penyelidik dari Spring Hill College, Dr. Christina Kotchemidova.

Berdasarkan kajian beliau berjudul, Why We Say Cheese: Producing the Smile in Snapshot Photography, agak sukar untuk mendapatkan satu senyuman sempurna saat rakaman gambar dilakukan. Secara tidak langsung beliau mengaitkan frasa ‘Say Cheese’ dicipta khusus untuk menangani situasi ini.

Ketika era pemerintahan Victoria tahun 1837 hingga 1901, kebanyakan rakaman gambar potret tidak memperlihatkan senyuman di wajah subjek.

Kebiasaannya, golongan bangsawan dilarang berbuat demikian. Ini kerana mereka terikat dengan kod etika dan bergambar tanpa memberikan senyuman yang dianggap lebih sopan. Manakala, senyuman sewaktu bergambar hanya boleh dilakukan oleh beberapa jenis golongan sahaja iaitu kanak-kanak, orang miskin, dan pemabuk.

Selain frasa Say Cheese, terdapat beberapa lagi perkataan lain digunakan bagi mendapatkan reaksi senyuman ketika bergambar. Cuma, penggunaan perkataan tidak digunakan meluas dan hanya popular di lokasi tertentu sahaja.

Antara perkataan tersebut ialah, Whisky (Argentina), Zele (Bulgaria), Olha o passarinho atau Diagam (Barazil), Yat Yi Saam (China), ptičica (Crotia), sýr (Republik Czech), Sig ‘appelsin (Denmark), Muikku (Finland), ouistiti (Perancis), Spaghetti atau Käsekuchen (Jerman), Itt repül a kis madár (Hungary), Paneer (India) sorridi (Itali), Khbiz (Morocco), saib (Iran), Sei, No (Jepun), Cười lên nào (Vietnam), Kimchi (Korea Selatan), сыр (Rusia), syr (Serbia), decid patata (Sepanyol), Säg ‘omelett (Sweden) dan Peynir (Turki).

Namun, frasa Say Cheese lebih popular di serata dunia terutama di bandar-bandar moden.

Nak ambil gambar ke tu? Senyum dan katalah, Say Cheseeeeee… | UTv

COMMENTS